Pameran dan Pertandingan Inovasi Projek Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Zon Utara 2013 merupakan satu program yang dirangka khusus bagi para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) samaada IPTA/IPTS di kawasan Zon Utara bagi mempamerkan hasil inovasi dan kreatif pelajar dalam penghasilan produk/alat/mesin yang berorientasikan perkembangan industri bagi merealisasikan transformasi pendidikan tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan pelajar dan graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi.
Pada masa kini, persaingan pada abad ke-21 bukan hanya terletak kepada kejayaan akademik semata-mata tetapi menuntut kejayaan dalam aspek yang lebih besar terutama keupayaan berfikir secara inovatif dan kreatif di kalangan pelajar kita. Sehubungan dengan itu, mahasiswa di IPT perlu dibangunkan dengan kemahiran berfikir secara inovatif dan kreatif melalui program-program pembangunan potensi serta bakat diri seperti antaranya pertandingan dan pameran inovasi agar dapat diaplikasikan oleh para pelajar bagi menempuh alam pekerjaan kelak.
Selain itu, hasrat Kementerian yang berkehendakkan pusat pengajian tinggi untuk melibatkan jalinan atau libatsama dengan komuniti, supaya hasil setiap program yang dijalankan berupaya memberi impak dan mempunyai nilai keberhasilan yang tinggi dalam mentransformasikan komuniti . Justeru itu, program ini juga melibatkan kolaborasi antara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai dan Industri Kecil Sederhana (IKS), PAA Autocolour Enterprise. Pihak PAA Autocolor akan menganjurkan satu pertandingan iaitu ‘Inovasi Automotif – AutoShow Peringkat Kebangsaan 2013’.
Penganjuran ini juga memberi peluang kepada pelajar semester 5 yang mengambil kursus JJ514 – Projek 1 bersama-sama membantu pensyarah sebagai Ahli Jawatankuasa dalam menjayakan program ini. Seterusnya penglibatan pelajar semester 5 ini akan menyumbang kepada peningkatan kepimpinan dan kemahiran insaniah mereka seperti peka kepada persekitaran, kerja berpasukan, responsif dan proaktif serta peningkatan kemahiran berkomunikasi.
Akhir sekali, diharap penganjuran program ini dapat memberi impak yang besar dari segi komunikasi, idea serta meningkatkan kreativiti dan inovasi terhadap pelajar yang terlibat sama ada sebagai peserta mahupun Ahli Jawatankuasa dalam program ini. Walaubagaimanapun, kerjasama yang baik dan semangat kerja berpasukan diharap dapat ditonjolkan dalam menjayakan program ini.
2.0 OBJEKTIF
# Memberi pendedahan dan pengetahuan dari segi pendidikan dan pengetahuan am.
# Memberi gambaran dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti pelajar IPT khususnya dalam membangunkan
projek yang kreatif dan mempunyai nilai komersial kepada komuniti.
# Menyediakan wadah untuk pelajar berkongsi idea dan kreativiti.
# Melatih para pelajar untuk menyampaikan hasil kreativiti secara lisan dan cara komunikasi yang baik.
# <!--[endif]-->Memberi peluang kepada pelajar mengendalikan program.
3.0 ANJURAN
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai.
4.0 PENYERTAAN
Semua pelajar dan kakitangan institusi pengajian tinggi awam/swasta
5.0 TARIKH PROGRAM
5 Oktober 2013 & 6 Oktober 2013
6.0 TEMPAT
Ruang Legar, Aeon Seberang Prai City Shopping Centre Jalan Perda Timur, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
7.0 PENUTUP
Penganjuran Pameran dan Pertandingan Inovasi Projek Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Zon Utara 2013 diharap dapat memberikan satu kelainan dan pengetahuan mengenai pertandingan Projek yang berinovasi yang dapat memberi manfaat yang berguna dan semua pelajar akan menggunakan setiap peluang dan ruang yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga berharap objektif utama program ini dapat dicapai dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan diatas segala kerjasama dan keprihatinan yang telah diberikan oleh semua pihak.
0 comments:
Post a Comment